Image hosting by Photobucket Photobucket - Video and Image Hosting Image hosting by Photobucket

Photobucket - Video and Image Hosting
Sebelum anda mula membaca, saya hanya ingin berpesan bahawa ini hanyalah pandangan saya. Ia bukan untuk menghina sesiapa tetapi sekadar luahan minda. Sekaligus ia juga memberikan peluang untuk membaiki Bahasa Melayu saya. Sekiranya ada kesilapan mohon maaf dipinta.
Selamat Membaca!

v517v

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting Sendirian Photobucket - Video and Image Hosting
bersendirian lagi
di kamar sepi ini
sunyi temanku kini
salah apa lagi
hingga terus disakiti
hati terus dilukai
bisakah masa tentukan
bisakah salahku dimaafkan
silapku menjadi ukuran
diriku dalam hidupmu
mungkin aku disisi
terletak manakah hati ini
terus dibungkus resah
terus hilangkan cinta
dilontar jauh sekali lagi
sendirian di sini
060306

Photobucket - Video and Image Hosting Hati Wanita Photobucket - Video and Image Hosting
Hati wanita
dikatakan penuh misteri
kadang kala sayang
kadang kala benci
yang tenang hanya permukaan
sentiasa berkocak
di kolah perasaan
sentiasa terusik
sering tersentuh
keadaan yang susah difahami
menikam-nikam hati
orang-orang sekeliling
tidak akan mengerti
semuanya yang tersimpan
di dalam hati wanita ini
010805

Photobucket - Video and Image Hosting Anak-Anak Ambon Photobucket - Video and Image Hosting
Kekecohan
Keganasan
Anak-anak Ambon keliru
Tertanya-tanya mereka

Apakah masa depan kita?
Kasih kami dirampas
Tiada lagi belas
Tiada lagi simpati
Rintihan tidak diendahkan
Tangisan tidak dihiraukan
Apakah dosa kami?
Siapa kawan?
Siapa lawan?

Syaitan bertopengkan manusia
Manusia berhatikan binatang
Anak-anak Ambon berteriak

Kita berbeza!
Bertentangan fahaman
Pertempuran agama
Kita serupa!
Darah sama merah
Sama menderita

Mengorak langkah sangsi
Peluru sesat tidak kenal saudara
Tumpaskah anak-anak Ambon?
Gerhanakah bumi Ambon?
Darah mengalir bercampur
Diserapi tanah Ambon
Melahirkan benih waja esok
230499

Photobucket - Video and Image Hosting Bayi Dalam Buangan Photobucket - Video and Image Hosting
tangisan bayi dalam buangan
memecah kesunyian malam
wujudmu dalam kehinaan
kelahiran tanpa diduga
kedatangan tanpa dipinta
siapa ibumu? siapa ayahmu?
kasih tanpa belaian
rindu tanpa pelukan
dibaluti darah dosa
Durjana! Nista!
kau tidak mengerti
kekejaman realiti
tiada kau dapat penjelasan
tiada kau dapat persoalkan
yang ada sedu-sedan
bayi dalam buangan
200299

Photobucket - Video and Image Hosting Soneta Kegawatan Photobucket - Video and Image Hosting
Pening
Gusar
Naik?
Mengeluh
Merungut
Turun lagi!
Mengharap
Berdoa
Takut..
Muflis..
Bingit!
Sampai bila berlarutan?
Menjungkit bahu
Kegawatan ekonomi katakan..
1999

Photobucket - Video and Image Hosting Inikah Kita? Photobucket - Video and Image Hosting
ukiran senyuman
luahan tutur bicara
berbaur sindiran
bermaksud nista
tanaman bakti disalaherti
kejujuran hati ditolak tepi
persamaan menggamit perbezaan
perbandingan merisik ketegangan
yang retak menanti belah
tikaman lidah disaluti amarah
undang-undang rimba mencengkam kita
yang gagah menang dijulang
yang lemah lumat dimamah
sengketa bermaharajalela
perpaduan hanya pada nama
Inikah kita?
160799

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Blog Yang Menarik
:AmaLia::Ayunda:
:
MeLayUdiLonDoN:
:
BusTanMinDa::
http://maksudku.blogspot.com/

Photobucket - Video and Image Hosting
7.07.2006
:: Tidak Fasih. Salah Siapa?::
Semasa pulang tadi, anakku yang berusia 4 tahun terlihat bulan melalui tingkap bas lalu menjerit, "Ibu, look ada moon. Nanti dah malamkan, ibu. Nanti ada star." Anakku sendiri sudah gunakan Bahasa Rojak. Timbul pula rasa bersalah. Sebagai seorang ibu, aku rasa memang menjadi tanggungjawabku mendidik anak-anak dalam setiap aspek. Aku juga mesti pastikan bahawa anakku kenal benda dengan namanya dalam Bahasa Melayu bukannya setakat Bahasa Inggeris. Bahagian Bahasa Rojaknya aku ketepikan dahulu. Kadang-kadang, aku akan betulkan juga. Sekurang-kurangnya tadi, dia tahu bahawa bulan adalah 'moon' dan bintang pula 'star'.

Cakap tentang mengajar Bahasa Melayu, aku dapati bahawa terdapat banyak ibu bapa yang berpendidikan memberikan lebih penekanan pada Bahasa Inggeris sehinggakan anak-anak mereka lemah dalam Bahasa Melayu. Bayangkan seorang murid Melayu yang lulus semua subjek kecuali Bahasa Melayu. Jika ditanya, selalu yang menjadi alasan ialah tidak faham, susah, ada kelas tambahan untuk subjek-subjek lain dan macam-macam lagi. Ada pula yang jarang gunakan Bahasa Melayu di rumah sehinggakan ada menjadi tidak fasih. Tidak percaya? Cubalah lihat mereka yang diwawancara secara rambang di tempat-tempat awam. Lagi muda usia mereka lagilah kekok gunakan bahasa ibunda. Eh, ini tidak bermaksud aku mahir. Cuma sekadar melihat betapa ketaranya kelemahan orang-orang kita berbahasa Melayu. Salah siapa eh?

sekadar tinta mindaku...10:50 PM


Image hosting by Photobucket

Comments: Post a Comment