Image hosting by Photobucket Photobucket - Video and Image Hosting Image hosting by Photobucket

Photobucket - Video and Image Hosting
Sebelum anda mula membaca, saya hanya ingin berpesan bahawa ini hanyalah pandangan saya. Ia bukan untuk menghina sesiapa tetapi sekadar luahan minda. Sekaligus ia juga memberikan peluang untuk membaiki Bahasa Melayu saya. Sekiranya ada kesilapan mohon maaf dipinta.
Selamat Membaca!

v517v

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting Sendirian Photobucket - Video and Image Hosting
bersendirian lagi
di kamar sepi ini
sunyi temanku kini
salah apa lagi
hingga terus disakiti
hati terus dilukai
bisakah masa tentukan
bisakah salahku dimaafkan
silapku menjadi ukuran
diriku dalam hidupmu
mungkin aku disisi
terletak manakah hati ini
terus dibungkus resah
terus hilangkan cinta
dilontar jauh sekali lagi
sendirian di sini
060306

Photobucket - Video and Image Hosting Hati Wanita Photobucket - Video and Image Hosting
Hati wanita
dikatakan penuh misteri
kadang kala sayang
kadang kala benci
yang tenang hanya permukaan
sentiasa berkocak
di kolah perasaan
sentiasa terusik
sering tersentuh
keadaan yang susah difahami
menikam-nikam hati
orang-orang sekeliling
tidak akan mengerti
semuanya yang tersimpan
di dalam hati wanita ini
010805

Photobucket - Video and Image Hosting Anak-Anak Ambon Photobucket - Video and Image Hosting
Kekecohan
Keganasan
Anak-anak Ambon keliru
Tertanya-tanya mereka

Apakah masa depan kita?
Kasih kami dirampas
Tiada lagi belas
Tiada lagi simpati
Rintihan tidak diendahkan
Tangisan tidak dihiraukan
Apakah dosa kami?
Siapa kawan?
Siapa lawan?

Syaitan bertopengkan manusia
Manusia berhatikan binatang
Anak-anak Ambon berteriak

Kita berbeza!
Bertentangan fahaman
Pertempuran agama
Kita serupa!
Darah sama merah
Sama menderita

Mengorak langkah sangsi
Peluru sesat tidak kenal saudara
Tumpaskah anak-anak Ambon?
Gerhanakah bumi Ambon?
Darah mengalir bercampur
Diserapi tanah Ambon
Melahirkan benih waja esok
230499

Photobucket - Video and Image Hosting Bayi Dalam Buangan Photobucket - Video and Image Hosting
tangisan bayi dalam buangan
memecah kesunyian malam
wujudmu dalam kehinaan
kelahiran tanpa diduga
kedatangan tanpa dipinta
siapa ibumu? siapa ayahmu?
kasih tanpa belaian
rindu tanpa pelukan
dibaluti darah dosa
Durjana! Nista!
kau tidak mengerti
kekejaman realiti
tiada kau dapat penjelasan
tiada kau dapat persoalkan
yang ada sedu-sedan
bayi dalam buangan
200299

Photobucket - Video and Image Hosting Soneta Kegawatan Photobucket - Video and Image Hosting
Pening
Gusar
Naik?
Mengeluh
Merungut
Turun lagi!
Mengharap
Berdoa
Takut..
Muflis..
Bingit!
Sampai bila berlarutan?
Menjungkit bahu
Kegawatan ekonomi katakan..
1999

Photobucket - Video and Image Hosting Inikah Kita? Photobucket - Video and Image Hosting
ukiran senyuman
luahan tutur bicara
berbaur sindiran
bermaksud nista
tanaman bakti disalaherti
kejujuran hati ditolak tepi
persamaan menggamit perbezaan
perbandingan merisik ketegangan
yang retak menanti belah
tikaman lidah disaluti amarah
undang-undang rimba mencengkam kita
yang gagah menang dijulang
yang lemah lumat dimamah
sengketa bermaharajalela
perpaduan hanya pada nama
Inikah kita?
160799

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Blog Yang Menarik
:AmaLia::Ayunda:
:
MeLayUdiLonDoN:
:
BusTanMinDa::
http://maksudku.blogspot.com/

Photobucket - Video and Image Hosting
7.13.2006
:: Siber Seks Melayu::
Aku sememangnya jarang membaca suratkhabar Berita Harian / Berita Minggu. Dulu aku pernah melanggan tetapi kadang-kadang tidak sempat baca kerana terlupa atau terlalu penat. Aku hanya akan membaca jika ada ternampak akhbar di tempat kerja ataupun di rumah makcikku.

Berita mengenai seks dan alam siber telah dicetak dalam akhbar minggu lepas. Artikel itu telah menyiarkan tentang keberanian orang-orang Melayu yang menayangkan aksi seks mereka untuk dikongsi dengan dunia. Hatiku berkata, "Maju juga eh orang-orang kita." Walaupun perbuatan mereka salah dan amat memalukan, ia juga menunjukkan bahawa masyarakat kita tidak ketinggalan zaman. Aku bukannya menghalalkan yang haram. Aku hanya ingin melihat ia dari perspektif yang lain. Namun, sayang seribu kali sayang, kemajuan yang ada itu disalahgunakan.

Dahulu aku hanya dengar tentang ini semua dikongsi melalui kaedah Bluetooth di telefon bimbit. Aku juga pernah ditunjukkan klip yang memaparkan pelajar-pelajar di tangga atau remaja yang bermalam di hotel. Sememangnya ada yang mengambil klip mereka sekadar untuk suka-suka sahaja dan bukan tontonan orang ramai tetapi terkejut apabila klip itu muncul di telefon bimbit lain atau di internet. Memang sukar untuk menyembunyikan rahsia sekarang. Apabila ini sudah berlaku, mereka yang secara tidak sengaja menjadi 'pelakon lucah' menjadi malu bahkan mereka juga menconteng arang di muka ahli keluarga mereka. Apa boleh buat jika nasi sudah menjadi bubur. Terpaksalah mereka tebalkan muka dan tanggung semuanya; berani buat berani tanggung.

sekadar tinta mindaku...12:01 AM


Image hosting by Photobucket