7.13.2006
::
Pencemaran pada Blogku::
Petang tadi semasa aku membaca semula catatan blogku, Aku dapati ada beberapa orang yang meninggalkan pesanan-pesanan yang kurang menyenangkan. Aku pun tidak pasti motif di sebalik perbuatan itu. Walaupun pesanan yang aku terima diberikan oleh nama samaran yang berbeza-beza, aku pasti ia dibuat oleh orang yang sama. Semasa aku melungsur ke blog peserta-peserta peraduan ini, ada daripada mereka juga mendapat pesanan-pesanan yang serupa. Mungkin dia tidak ada kerja lain dan mengambil keputusan untuk menggangu aku dan yang lain. Daripada dia meninggalkan pesanan-pesanan yang merepek-merepek, kan ada baiknya jika dia mencuba pertandingan ini atau tinggalkan pesanan yang membina.
sekadar tinta mindaku...2:24 AM
|