Blog Yang Menarik
Malam semalam Abang ada tanya pada Along mengenai adik-adiknya. Berikut adalah perbualan mereka: Ayah: Ezin sayang siapa? Adik Farihin or adik Fitri? Along: Hmmm..Ezin sayang adik Farihinn.. dengan adik Fitri. Ayah: Eh, choose satu je. Mana boleh dua2? Along: Hmmm...ayah sayang siapa? Suamiku terbahak-bahak. Nampaknya, dia pun pandai nak uji orang. Hehe. Budak-budak sekarang..petah eh. Ini membuatkan aku pada perbualanku dengan Along. Along ni ada sikit suka berkhayal aka kelemer..mcm ibu dia. Hehe. Semasa di khayal dan belum pakai kasut sedangkan kita dah nak keluar rumah, aku suruh dia cepat-cepat. Ibu: Ezin, pls hurry up! Cepat lah! Apasal lambat? Tunggu apa, huh? Along: Ezin tau tunggu apa. Tunggu Hari Raya kan? Hahaha..aku tergelak. Ni semua gara-gara mulut besarku kerana setiap kali kalau aku tanya diatunggu apa.. aku akan jawab, "tunggu hari raya eh.." Sekarang aku pula yang terkena. Berikut pula senario di dalam bas semasa mengambil Along dari tajaka. ... Inilah lagi satu contoh dia menggunakan frasaku.. Ibu: Ezin nak dengar cerita? (Konon nak bercerita tentang kerja tetapi membawanya ke tahap rendah..) Along: Cerita ape? Ibu: Tadi ibu at work kan.. abih kan.. ibu pergi kelas. Lepas tu kan..ibu pegi makan..hmm..lepas tu kan... Along: Lepas tu..3 kan ibu. Ibu: Hahahaha..apasal ezin kata 3? Along: Ibu selalu kata...lepas 2..3. Harus berhati-hati berbual dengan anak-anakku kerana mereka akan meniru apa yang didengar. atau dilihat. Nasib baik aku tak gunakan bahasa kesat....
:AmaLia::Ayunda:
:MeLayUdiLonDoN:
:BusTanMinDa::
http://maksudku.blogspot.com/
sekadar tinta mindaku...12:01 AM