Setiap tahun Ramadan menjanjikan banyak kenangan. Tahun ini merupakan Ramadan yang pertama Geylang tiada. Geylang sememangnya sudah sinonim dengan Ramadan dan bazaar Raya. Kemeriahan yang selalu dirasa di Geylang agak berlainan. Tahun ini bazaar Raya berpindah ke Kg Glam yang menjanjikan kemeriahan seperti Geylang tetapi sayang seribu kali sayang, aku tidak dapat merasakannya. Entahlah kenapa aku tidak begitu berminat untuk membeli-belah di sana. Lagi pun, bazaar itu tutup siang. Aku pernah ke sana hampir jam 12 tgh mlm tetapi kebanyakan kedai dah pun tutup. Sedangkan bazaar di Geylang masih terang benderang dan terus sesak dengan pelanggan sehingga tidak sedar jam berapa.
Ramadan 1997
Ramadan 1997 merupakan bibit cinta antara aku dan suami. Masa Ramadanlah pertama kali aku berjumpa dengannya walaupun kami sudah berkenalan hampir setahun. Belum pun raya aku dah terserempak dengan ibu bapanya di Geylang selepas kami berbuka puasa. Terkejut ada.. seram pun ada.
Ramadan 1999
Ramadan 1999 merupakan Ramadan yang pertama aku sambut sebagai isteri. Bahkan aku bernikah seminggu sebelum Ramadan. Pada tahun ini terpaksalah aku bangun sahur kerana suami hendak bersahur. Kalau masa dulu, aku ni ada sikit malas hendak bersahur. Kadang-kadang sahur pun minum air jarang. Sekarang dah kena siapkan makanan, panaskan lauk dan buat minuman untuk suami. Hehe...janggal pun ada juga. Al-maklum baru-baru.
Ramadan 2001
Pada Ramadan 2001, aku mendapat tahu bahawa aku sedang hamil anak sulung. Pada hari itu juga suamiku mendapat lesen motosikalnya. Alhamdulillah, aku dapat berpuasa hampir sebulan. Aku cuma tinggalkan 3 hari sahaja. Itu pun kerana aku sakit.
Ramadan 2003
Ramadan tahun 2003 pula sunyi. Aku selalunya berbuka sendirian kerana suami bekerja dan hanya pulang malam. Dan aku pula baru patah kaki semasa bermain bola jaring beberapa bulan sebelum itu. Maka, aku tak dapat bersama anak seperti selalu. Setiap kali buka puasa, aku akan mengadap komputer. Aku berbuka sambil bersembang di alam siber. Nampaknya aku berbuka bersama-sama teman-teman siberku di alam maya.
Ramadan 2005
Pada Ramadan 2005 aku sudah sarat mengandung. Aku telah diberitahu bahawa aku mungkin bersalin beberapa hari selepas raya. Tahun ini kesihatan aku tidak begitu baik maka aku tidak dapat berpuasa. Setiap hari ku lalui dengan debaran takut-takut aku akan bersalin sebelum raya.
Ramadan 2006
Ramadan tahun ini pun aku sedang mengandung anak ke3. Cepat eh. Hehe..kali ini aku telah cuba berpuasa. Alhamdulillah, dapat juga aku berpuasa beberapa hari tetapi terpaksa berhenti atas sebab-sebab kesihatan. Tahun ini juga aku ada bantuan pembantuku untuk menyiapkan makanan bersahur dan berbuka. Kadang-kadang anak-anakku juga terbangun semasa kami bersahur. Meriah rumah ada anak-anakku yang comel.
*******
Selamat Hari Raya
&
Maaf Zahir & Batik
kepada semua kenalan tidak kira yang jauh mahupun yang dekat.
Terima kasih Amalia kerana masih mengingati saya.