Image hosting by Photobucket Photobucket - Video and Image Hosting Image hosting by Photobucket

Photobucket - Video and Image Hosting
Sebelum anda mula membaca, saya hanya ingin berpesan bahawa ini hanyalah pandangan saya. Ia bukan untuk menghina sesiapa tetapi sekadar luahan minda. Sekaligus ia juga memberikan peluang untuk membaiki Bahasa Melayu saya. Sekiranya ada kesilapan mohon maaf dipinta.
Selamat Membaca!

v517v

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting Sendirian Photobucket - Video and Image Hosting
bersendirian lagi
di kamar sepi ini
sunyi temanku kini
salah apa lagi
hingga terus disakiti
hati terus dilukai
bisakah masa tentukan
bisakah salahku dimaafkan
silapku menjadi ukuran
diriku dalam hidupmu
mungkin aku disisi
terletak manakah hati ini
terus dibungkus resah
terus hilangkan cinta
dilontar jauh sekali lagi
sendirian di sini
060306

Photobucket - Video and Image Hosting Hati Wanita Photobucket - Video and Image Hosting
Hati wanita
dikatakan penuh misteri
kadang kala sayang
kadang kala benci
yang tenang hanya permukaan
sentiasa berkocak
di kolah perasaan
sentiasa terusik
sering tersentuh
keadaan yang susah difahami
menikam-nikam hati
orang-orang sekeliling
tidak akan mengerti
semuanya yang tersimpan
di dalam hati wanita ini
010805

Photobucket - Video and Image Hosting Anak-Anak Ambon Photobucket - Video and Image Hosting
Kekecohan
Keganasan
Anak-anak Ambon keliru
Tertanya-tanya mereka

Apakah masa depan kita?
Kasih kami dirampas
Tiada lagi belas
Tiada lagi simpati
Rintihan tidak diendahkan
Tangisan tidak dihiraukan
Apakah dosa kami?
Siapa kawan?
Siapa lawan?

Syaitan bertopengkan manusia
Manusia berhatikan binatang
Anak-anak Ambon berteriak

Kita berbeza!
Bertentangan fahaman
Pertempuran agama
Kita serupa!
Darah sama merah
Sama menderita

Mengorak langkah sangsi
Peluru sesat tidak kenal saudara
Tumpaskah anak-anak Ambon?
Gerhanakah bumi Ambon?
Darah mengalir bercampur
Diserapi tanah Ambon
Melahirkan benih waja esok
230499

Photobucket - Video and Image Hosting Bayi Dalam Buangan Photobucket - Video and Image Hosting
tangisan bayi dalam buangan
memecah kesunyian malam
wujudmu dalam kehinaan
kelahiran tanpa diduga
kedatangan tanpa dipinta
siapa ibumu? siapa ayahmu?
kasih tanpa belaian
rindu tanpa pelukan
dibaluti darah dosa
Durjana! Nista!
kau tidak mengerti
kekejaman realiti
tiada kau dapat penjelasan
tiada kau dapat persoalkan
yang ada sedu-sedan
bayi dalam buangan
200299

Photobucket - Video and Image Hosting Soneta Kegawatan Photobucket - Video and Image Hosting
Pening
Gusar
Naik?
Mengeluh
Merungut
Turun lagi!
Mengharap
Berdoa
Takut..
Muflis..
Bingit!
Sampai bila berlarutan?
Menjungkit bahu
Kegawatan ekonomi katakan..
1999

Photobucket - Video and Image Hosting Inikah Kita? Photobucket - Video and Image Hosting
ukiran senyuman
luahan tutur bicara
berbaur sindiran
bermaksud nista
tanaman bakti disalaherti
kejujuran hati ditolak tepi
persamaan menggamit perbezaan
perbandingan merisik ketegangan
yang retak menanti belah
tikaman lidah disaluti amarah
undang-undang rimba mencengkam kita
yang gagah menang dijulang
yang lemah lumat dimamah
sengketa bermaharajalela
perpaduan hanya pada nama
Inikah kita?
160799

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Blog Yang Menarik
:AmaLia::Ayunda:
:
MeLayUdiLonDoN:
:
BusTanMinDa::
http://maksudku.blogspot.com/

Photobucket - Video and Image Hosting
3.19.2007
:: Luasnya Neraka... sebagai peringatan::
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

sekadar tinta mindaku...11:18 PM


Image hosting by Photobucket

Comments: Post a Comment