Blog Yang Menarik
:AmaLia::Ayunda:
:MeLayUdiLonDoN:
:BusTanMinDa::
http://maksudku.blogspot.com/
Sesudah habis rancangan tu, aku berbual2 dgn sepupuku. Kemudian, aku pun tonton tv cerita Cina di ch 8. Eh, cerita hantu ah...aku kejutkan suami... Alamak, dia ni tidur saja...hati ni nak tetap tonton tetapi takut2. Tonton tetap tonton juga...tapi selimut dah sampai paras dagu...kira macam dah sedia kalau momok keluar, kepala aku masuk. Haha
Selepas aku tonton beberapa minit, hmmm... macam tak seram sebab cerita dah hampir habis. Seperti biasalah kalau tonton cerita bahasa lain... aku lebih berikan tumpuan pada sarikatanya. Rupa-rupanya...hantu tu sedang bersedih dan lelaki yang bercakap dengannya mungkin suaminya. Entah macam mana, terpandang pelakon lain di sebelah kanan. Pelakon tambahan itu ada di belakang pelakon yang menjadi hantu itu.
Hmmm...apa tu? Ia kelihatan seperti kepala seseorang dengan rambut yang kusut masai. Rambutnya menutupi mukanya. Pada masa itu tak ingat apa-apa kerana sangkakan hanyalah prop atau mungkin ada 2 hantu lah kan. Apabila kamera di belakang pelakon lelaki, aku dapat lihat latar di belakang pelakon wanita itu. Kali ini kepala itu ada di belakangnya. Ia ada di situ tanpa badan dan tidak bergerak langsung! Aku masih belum pasti apa yang aku saksikan.
Prop, pelakon tambahan atau sememangnya hantu?! Kemudian semasa pelakon lelaki itu memeluk pelakon perempuan itu, aku boleh lihat di belakang pelakon wanita itu .... tetapi kali ini di belakangnya tidak ada apa-apa. Semasa ada long shot pun tidak ada orang di belakangnya kecuali tembok yang berlubang.
Jadi adakah yang ku lihat itu memang makhluk halus? Meremang bulu romaku... teringat pula cerita "3 men & a baby" serta klip video Nana & Achik yang menunjukkan ada "pelakon tambahan".
sekadar tinta mindaku...10:23 PM