Image hosting by Photobucket Photobucket - Video and Image Hosting Image hosting by Photobucket

Photobucket - Video and Image Hosting
Sebelum anda mula membaca, saya hanya ingin berpesan bahawa ini hanyalah pandangan saya. Ia bukan untuk menghina sesiapa tetapi sekadar luahan minda. Sekaligus ia juga memberikan peluang untuk membaiki Bahasa Melayu saya. Sekiranya ada kesilapan mohon maaf dipinta.
Selamat Membaca!

v517v

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting Sendirian Photobucket - Video and Image Hosting
bersendirian lagi
di kamar sepi ini
sunyi temanku kini
salah apa lagi
hingga terus disakiti
hati terus dilukai
bisakah masa tentukan
bisakah salahku dimaafkan
silapku menjadi ukuran
diriku dalam hidupmu
mungkin aku disisi
terletak manakah hati ini
terus dibungkus resah
terus hilangkan cinta
dilontar jauh sekali lagi
sendirian di sini
060306

Photobucket - Video and Image Hosting Hati Wanita Photobucket - Video and Image Hosting
Hati wanita
dikatakan penuh misteri
kadang kala sayang
kadang kala benci
yang tenang hanya permukaan
sentiasa berkocak
di kolah perasaan
sentiasa terusik
sering tersentuh
keadaan yang susah difahami
menikam-nikam hati
orang-orang sekeliling
tidak akan mengerti
semuanya yang tersimpan
di dalam hati wanita ini
010805

Photobucket - Video and Image Hosting Anak-Anak Ambon Photobucket - Video and Image Hosting
Kekecohan
Keganasan
Anak-anak Ambon keliru
Tertanya-tanya mereka

Apakah masa depan kita?
Kasih kami dirampas
Tiada lagi belas
Tiada lagi simpati
Rintihan tidak diendahkan
Tangisan tidak dihiraukan
Apakah dosa kami?
Siapa kawan?
Siapa lawan?

Syaitan bertopengkan manusia
Manusia berhatikan binatang
Anak-anak Ambon berteriak

Kita berbeza!
Bertentangan fahaman
Pertempuran agama
Kita serupa!
Darah sama merah
Sama menderita

Mengorak langkah sangsi
Peluru sesat tidak kenal saudara
Tumpaskah anak-anak Ambon?
Gerhanakah bumi Ambon?
Darah mengalir bercampur
Diserapi tanah Ambon
Melahirkan benih waja esok
230499

Photobucket - Video and Image Hosting Bayi Dalam Buangan Photobucket - Video and Image Hosting
tangisan bayi dalam buangan
memecah kesunyian malam
wujudmu dalam kehinaan
kelahiran tanpa diduga
kedatangan tanpa dipinta
siapa ibumu? siapa ayahmu?
kasih tanpa belaian
rindu tanpa pelukan
dibaluti darah dosa
Durjana! Nista!
kau tidak mengerti
kekejaman realiti
tiada kau dapat penjelasan
tiada kau dapat persoalkan
yang ada sedu-sedan
bayi dalam buangan
200299

Photobucket - Video and Image Hosting Soneta Kegawatan Photobucket - Video and Image Hosting
Pening
Gusar
Naik?
Mengeluh
Merungut
Turun lagi!
Mengharap
Berdoa
Takut..
Muflis..
Bingit!
Sampai bila berlarutan?
Menjungkit bahu
Kegawatan ekonomi katakan..
1999

Photobucket - Video and Image Hosting Inikah Kita? Photobucket - Video and Image Hosting
ukiran senyuman
luahan tutur bicara
berbaur sindiran
bermaksud nista
tanaman bakti disalaherti
kejujuran hati ditolak tepi
persamaan menggamit perbezaan
perbandingan merisik ketegangan
yang retak menanti belah
tikaman lidah disaluti amarah
undang-undang rimba mencengkam kita
yang gagah menang dijulang
yang lemah lumat dimamah
sengketa bermaharajalela
perpaduan hanya pada nama
Inikah kita?
160799

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Blog Yang Menarik
:AmaLia::Ayunda:
:
MeLayUdiLonDoN:
:
BusTanMinDa::
http://maksudku.blogspot.com/

Photobucket - Video and Image Hosting
3.20.2007
:: ::

Aku teringat seketika sms balasan yg aku terima dari seorang teman yg mengatakan di jeles dgn cuti sakit akan aku terima...1 bln. Hati ini terus berkata-kata, "jeles? siow...seksa lagi ada..bingit kena mcm gini!" Kemudian masa mandi...sms itu seakan-akan terbayang2. Aku lagi cemburu dengan mereka yg dapat berjalan-jalan.


Sambil aku mandi mata aku sesekali melihat crutches yg berdiri di tepi pintu bilik air. Aku mengeluh panjang sambil terfikir, "lecehlah, lagi sebln kena gunakan crutches..". Kemudian, aku tiba-tiba insaf...aku gunakan baru sebln dan mengeluh setiap hari. Bagaimana mereka yg harus menggunakannya setiap hari bertahun-tahun ataupun seumur hidup mereka? Aku menjadi redha dengan segala dugaanNya.


Mungkin ada yg kata...wah cuti panjang eh..enjoy ah tu. Kalau enjoy yg dimaksudkan..keluar jalan2, relax2...itu kurang tepat. Tapi kalau ia bermaksud...duduk rumah melayan karenah anak2, membuat persiapan kerja perlahan2...tentu skali. Tapi pada yg sama hati ini meronta-ronta ingin kebebasan bergerak seperti biasa. Aku tidak suka terlalu bergantung pada orang...ambilkan air, belikan barang, dan sebagainya. Memang aku ada pembantu tetapi entahlah.. aku rasa macam membebankan semua orang dlm keadaanku begini.


Semua benda yg dilakukan rasa macam susah. Nak mandi pun susah...iyelah..kaki yang dibalut kena bungkus dengan plastic agar tidak diserap air. Nak hop2 dalam tandas...licin.. takut jatuh pulak. Jadi kadang2 kena do the twist...iyelah macam joget twist. Kadang2 tergelak sendiri..

Walaupun dengan kepayahan yg ada, aku harus bersyukur dengan segala pemberianNya.. tidak kira baik atau buruk kerana Dia amat mengetahui. Kalau diri ini rasa payah, ada orang lain yg tentu lebih susah daripadaku. Maka, masa yg aku ada aku luangkan untuk bersama anak2..bergurau, bermain, belajar...kurangkan masa dgn kerja. Tapi ini tidak bermakna ku lupakan terus soal kerja.. banyak yg perlu diselesaikan. Yg bezanya...aku buat ikut masaku sendiri.


sekadar tinta mindaku...11:39 PM


Image hosting by Photobucket

Comments: Post a Comment